Sunday, February 21, 2010

Cuti Sakan..

Salam..

Lame rasenye x updet blog. Yuna baru balik dr kg smlm..blk ngan Humairah je, bertara x ikut..9 ari uhuh cuti sakan..Semalam mase balik sini pon x bape jem..mmg cuti ni tengok tv je xde watpe kat umah..CNY tu gi picnic kt Lata Kinjang..jalan2 pon takat tesco dgn pasar malam je..ari jumaat tu lak ade mcm hari keluarga polis kt tapah tu sempena cny..layan je la ade prtandingan drama sket antara cwgn balai..best jugak tp x tgk smpi abes sbb lmbt sgt abes..kul 12 blk umah..abah yuna dgn anak buah dia wat teh tarik..pstu adela mkn2 nasi briani,steamboat, buah2..ade la tarian singa..suka sgt humairah tgk singa tu..nombor lucky draw pon bg abah amik sbb lambat nk tunggu..dpt gak hamper seketul..abah mmg slalu dpt lucky draw..aritu kt psry Minat dpt basikal dgn iron..xde sape naik beskal tu wat tugu pulak dlm umah...

*****

Bunuh Diri..

Xde ape nak citer sbnrnye..nak cite pasal kes bunuh diri..adela dengar gosip kan kunun sbb suami main kayu tiga, si isteri nak bunuh diri dgn makan panadol agaknye..bape biji pon xtau la..anak dh 2 rasenye..mujurla x meninggal si isteri tu kalo tak mmg berdosa besar la..x pastila ape kesudahan citer nie..Pada yuna la kan kalo suami tu main kayu tiga ke empat ke lima ke lantak dia la..kite ade agama..lagipon bukan lama sangat hidup kat dunia nie..sementara jeh..apela bengap sgt smpai nak bunuh diri tu..biarlah Allah yang tentukan..

Ni yuna amik dr emel:

Apabila seorang wanita solehah dilanda masalah, dia tidak akan terus bertindak mengikut akal dan emosinya, tetapi dia akan terus merujuk kepada Tuhan dengan melakukan beberapa perkara yang utama iaitu:

1. bertaubat atas dosa
2. merintih kepada Tuhan
3. melakukan perkara-perkara yang disukai Tuhan

Sebenarnya, wanita yang solehah itu ialah wanita yang sangat cerdik. Cerdiknya dia ialah kerana dia faham apa maksud Tuhan di sebalik kejadian yang menimpa dirinya itu. Cerdiknya dia ialah kerana dia lihat Akhirat yang kekal abadi itu lebih besar dari dunia yang fana ini. Cerdiknya dia ialah kerana dia memahami perkara-perkara tersirat yang tidak difahami oleh wanita biasa. Cerdiknya juga kerana dia bertindak untuk jangka masa panjang dan bukan untuk jangka masa yang sementara. Dan cerdiknya juga kerana dia tidak turut menyakiti suami yang telah "menyakiti"nya itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukankah baik kalau hubungan di antara suami dan isteri itu dikekalkan intim?

Kalau dicari penyelesaian dengan secara merungut-rungut dan meminta-minta sehingga suami naik bosan, atau secara bergaduh-gaduh sama ada di luar atau dalam mahkamah, bukankah ini akan meretakkan lagi hubungan suami isteri itu sehingga boleh menyebabkan penceraian? Pendek kata, cara ini ialah cara penyelesaian jangka pendek yang dicari oleh wanita yang kecil jiwanya, yang tidak tahan dengan sedikit ujian demi mendapatkan hasil yang baik. Walhal, wujudnya institusi keluarga yang aman damai itu adalah asas kepada perpaduan dan pembangunan sebuah masyarakat yang aman makmur

Emel tu sbnrnye pjg lagik..tp tu je la yg yuna amik..bile baca tu rasenye btol jugak ape yg penulis tu tulis..so kalo ade berlaku ape2 antara suami isteri jgnla amik jalan singkat..jadikla wanita solehah yang cerdik.. daa..

p/s: Lame x masok opis rase kembang je mata nie a.k.a rase nak tido huhu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 comments:

  1. dalam sampul angpow tu ada brape ringgit??
    =P

    ReplyDelete
  2. Assalams..
    lama tak online kat jiwang forum.. harap² sila menyinggah kat sana yee..

    ReplyDelete