Thursday, January 27, 2011

Edisi Hangin Satu Badan

Ni edisi hangin satu badan. Yuna gi keje naik moto. Time nak balik keje asal nak masuk jalan besar je mesti bertembung dengan satu benggali tua ni. Hangin betul. Yuna dah bagi signal kanan. Dia nak potong yuna gak. Bengap betollah. Dh bagi signal tu apalah bengapnya dia tak potong ke kiri. Yuna dh masok kanan pon, tinggal nak naik atas je. Kat area jambatan canon tu. Bukan sekali, masok semalam dah dua tiga kali agaknya. Dia siap bunyi hon tu. Dengan orang lain takda pon. Benggali tua tu je. Yuna pusing smlm pon tengok benggali yang sama. Hangin btollah. Sakit ati btol. Yuna takot yuna jatuh je sbb dia nak straight yuna masok kanan. Taulah dia x pakai helmet nak belagak pulak.  Sabar je ni. Balik karang yuna masok kanan siap2 senang.  Yuna takot btol kalo part nak belok. Masa kat area rumah ade sekali. Mamat neh potong ikut kiri. Yuna nak masok kiri. Memang handle yuna dengan handle dia dah mencecah sikit je mujur tak terbabas. Dah bawak elok pon org lain bawak tah apa2. Tunggu masa je neh suruh Bertara hantar gi keje pulak. Setakat hari ni boleh lagik bawak. Daa

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday, January 26, 2011

Oh Samson!

Sebenarnya taktau nak blog mende. Semalam tido umah mertua sbb Bertara outstsn. Pastu tertengoklah citer Samson n Delaila. Mase iklan tu tengok2 Adyputra yang berlakon. Apelagik berkobar-kobarlah nak tengok citer neh. Mula tu memang dah nampak Fasha Sandha. Sebab tu yuna nak tengok. Sekali tengok gambar hero Adyputra. Adehhh… Terus kene tengok macam neh.

Yang yuna perasan Ady neh banyak berlakon dengan Fasha. Citer Chinta, ni Samson n Delaila. Dulu cerekarama Kehangatan Lantana, then Akukah Tanggang. Memang selalulah derang dipasangkan. Apetah drama lagik yuna tak hengat. Dah abes tu tengok nama Ady yg jadik Samson. Kelakar btol nama. Tapi couple Samson n Delaila neh sebenarnya kristian punye cerita. Tak hengat cmne citer S&D tu tapi yuna tau masa tu ada lagu femes sapa tah puff daddy ke apa ada sebut S&D tu. tros la yuna google. Bkn puff daddy kot. Lagu duet kalo x silap. Entahlah. Sejak mabuk neh sume yuna tak hengat.

Saya suka Ady Putra!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuesday, January 11, 2011

11/1/11

Hari nie 11/1/11..Tibe2 terperasan no. ni masa tulis buku kat office tadik. Tahun ni macam malas nak blogging. Ape kena pun tataw la.

Really love this song Pemilik Hati by 6ixth Sense…Lirik ulang2 and I notice that suara adi dalam lagu ni sengau sket..agaknya selsema. . memang clear dengar pakai headphone.

Gambar selingan entry ni gambar pemilik hati yuna iaitu Adiputra…lama x nampak dia kt tv sejak citer Chinta dah abess…dia ni bakal jadik bapak pada triplet…tatawla wife dia dah beranak ke belum…okla daa..

 

 

 

 

 

 

 

 

Sunday, January 2, 2011

Hepi New Year 2011

Hari ni fes day keje 2011. Azam takda huhu. Lupa nak pikir. Sekarang dok pikir menyiapkan novel haha. Macam real je bunyi. Seronok tau menulis sebab suka ati korang nak letak jalan cerita. Adoii.. Yuna terpakse mematikan satu watak hero ni. Sedeh betul. Orang dok menulis ni yang menangis.

Semalam mak abah datang umah. Sebelum tu tengahari mertua datang makan tengahari. Yuna masak asam pedas dengan ikan bakar. Ikan dibakar melekat abes kulitnye. Then mak yuna datang lak yuna masak mee goreng. Kalau takde sesape datang pon kat dapur je la yuna dok dari pagi sampai malam. Pagi dah beli nasi lemak ingat takyah masak dah. Bertara lak suh masak lempeng. Dengan anak pun sama kejap-kejap nak milo, kejap2 suh tuka cenel. Dia taknak tengok katun ni membebel-bebel suh tuka siap bagi remote. Tengah syok2 ngadap lappy ade je dia nak suruh.

Masa mak datang bawak kad astro dapatlah tengok cenel ABO tayang Magika. Yuna sukak citer ni. Dulu tak hingin pun nak tengok kat wayang sebab takot tak best. Tapi sebenarnye sangat best. Rasa nak pergi beli dvd pulak. Sebenarnya yuna tak suka citer mengarut-ngarut ataupon citer muzikal. Tapi tengok Magika ni melekat sampai abes..Lepas tu tros mendonlod lagi Kita Bersaudara -KRU. Kelakar btol yuna tak perasan rupenya kru pokok-pokok tu masa derang nyanyi lagu tuh.

Oklah keje banyak neh. Hari Khamis ade odit. Daaa…