Sunday, January 2, 2011

Hepi New Year 2011

Hari ni fes day keje 2011. Azam takda huhu. Lupa nak pikir. Sekarang dok pikir menyiapkan novel haha. Macam real je bunyi. Seronok tau menulis sebab suka ati korang nak letak jalan cerita. Adoii.. Yuna terpakse mematikan satu watak hero ni. Sedeh betul. Orang dok menulis ni yang menangis.

Semalam mak abah datang umah. Sebelum tu tengahari mertua datang makan tengahari. Yuna masak asam pedas dengan ikan bakar. Ikan dibakar melekat abes kulitnye. Then mak yuna datang lak yuna masak mee goreng. Kalau takde sesape datang pon kat dapur je la yuna dok dari pagi sampai malam. Pagi dah beli nasi lemak ingat takyah masak dah. Bertara lak suh masak lempeng. Dengan anak pun sama kejap-kejap nak milo, kejap2 suh tuka cenel. Dia taknak tengok katun ni membebel-bebel suh tuka siap bagi remote. Tengah syok2 ngadap lappy ade je dia nak suruh.

Masa mak datang bawak kad astro dapatlah tengok cenel ABO tayang Magika. Yuna sukak citer ni. Dulu tak hingin pun nak tengok kat wayang sebab takot tak best. Tapi sebenarnye sangat best. Rasa nak pergi beli dvd pulak. Sebenarnya yuna tak suka citer mengarut-ngarut ataupon citer muzikal. Tapi tengok Magika ni melekat sampai abes..Lepas tu tros mendonlod lagi Kita Bersaudara -KRU. Kelakar btol yuna tak perasan rupenya kru pokok-pokok tu masa derang nyanyi lagu tuh.

Oklah keje banyak neh. Hari Khamis ade odit. Daaa…

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment