Wednesday, January 13, 2010

Baharu ke Baru ?

Yuna prasan iklan2 skrg guna perkataan ‘BAHARU’ instead of ‘BARU’..Musykil2…nescafe baharu la…lipton baharu la…sejak abes spm xtau tatabahasa dah....pastu lak aritu iklan kat rtm ‘selamat tahun baharu’…mcm ampes jeh..yuna xphm kegunaan baharu tu…mcm ‘memperbaharui’ tu tau la maksudnye ‘renew’…so macam keluaran produk baru ke produk baharu???  Slmt tahun baharu tuh yg x tahan tu…so JB tu johor bharu ke johor baharu??

I’m kompius..kene jumpe cekgu BM…

P/S : Tingat cekgu Salmiah Arshad cekgu BM form 4-5…dia penasihat homeroom gak…sebab cekgu ni yuna dpt BM A1…(13 years ago huh?)

 

 

 

 

 

 

3 comments:

  1. baru (kata tugas):

    1. Bersinonim dengan belum lama (baharu) (adjektif:)

    2. Dalam konteks makanan; bersinonim dengan segar, mekar, elok, gebu, rangup, mersik (adjektif)

    3. Bersinonim dengan semasa (mutakhir, terkini, terakhir, moden, kontemporari) (adjektif:)

    4. Bersinonim dengan apabila saja (sesudah, sebaik saja) (adverba:)


    baharu:

    Kata Terbitan : membaharui, memperbaharui, pembaharuan, pembaharu

    sumber: kamus dewan edisi empat

    ReplyDelete
  2. Antara 'baru' dengan 'baharu', kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.

    'Baru' ialah kata bantu manakala 'baharu' ialah kata adjektif. 'Baru' kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa maksud just, manakala 'baharu' pula membawa maksud new . Dalam erti kata lain, 'baru' berkaitan dengan tempoh masa yang belum lama berlalu. Manakala 'baharu' (new ) pula merupakan kata adjektif yang menerangkan keadaan sesuatu yang berlawanan sifatnya dengan 'lama' atau 'buruk' seperti yang terdapat dalam contoh berikut: kereta baharu, baju baharu, majalah baharu, pelajar baharu, guru baharu, kaedah baharu, teknologi baharu dan sebagainya.

    Dari segi morfologi, kata 'baru' tidak boleh menerima imbuhan tetapi boleh menerima bentuk gandaan, iaitu 'baru-baru' seperti dalam ayat: Baru-baru ini dia memenangi Hadiah Sastera Remaja. Manakala kata 'baharu' boleh menerima awalan teR- menjadi 'terbaharu', awalan mempeR- menjadi 'memperbaharu' dan apitan meN-...-i menjadi 'membaharui'.

    Dari segi semantik, baharu juga boleh bermaksud moden. Kadang-kadang 'baharu' juga dipendekkan menjadi 'baru' dalam pengunaan harian. Bagaimanapun, ini tidak digalakkan.


    sumber: ntah mana..

    so, nak guna ke baharu tu?? macam tak best pulak.. bahulu lagi best.. =P

    ReplyDelete
  3. tenkiu kama..

    saya akan stadi huhu..

    ReplyDelete