Thursday, January 7, 2010

Match Made In Heaven - Part 5 (Final)

Am juga macam biasa, sentiasa membuat laporan pada aku setiap hari. Haha. Dia sekarang kat Jepun ade kursus.Seronoknya jadi macam dia, jawatan besar, selalu travel sana sini. Esok lusa dia balik. Suruh aku jemput kat airport pulak. Dia suruh aku naik ERL je takyah naik kereta. Suka-suka hati je dia. Serupa jugak kalau dia balik sendiri.

“Lama ke tunggu?” Terkejut aku yang tengah surf internet. Mujur aku bawak laptop. Kalau tak mau bosan gile menunggu mamat ni.

“A’aa lama. Kalau tak bawa hadiah untuk saya memanglah awak kejam. Haha. Penat tau nak tunggu ole-ole dari awak”

“Sori la Wada, hadiah tertinggal kat umah adik saya. Betul tak sengaja.Dalam flight baru teringat”

“Alahai frustnya saya. Menunggu awak 3 jam tau tak. Dah lah arini Ahad, time tido pulak tu.” Memang frust pun. Aku punyalah pesan kain2 cotton Jepun yang dijual murahan kat sana, kat sini mahal gila. Dah siap berangan nak jahit baju untuk Zulaikha lagi. Tapi takpelah nak wat camna takde rezeki.

“Sori sangat2. Takpelah saya belanja KFC okay?”

“OKlah.. Takde rezeki dari Jepun untuk saya.KFC pun ok. Saya dah lapar gile ni. Rasa nak makan orang pun ada. “

“Rileksla jangan makan saya pulak. Awak oder je ok?”

Aku pun apelagik mencekik darah sebab memang lapar. Aku ingat Am dah nak sampai. Cakap pukul 7pagi. Sekali pukul 10 baru sampai. Zulaikha tengah tidur lagi tadi. Takpelah Iwan pun tak keje. Selalu hari Ahad memang Zulaikha bangun lambat. Kalau tak setiap pagi nak pergi kerja kene kejutkan dia hantar rumah pengasuh.

“Wada sihat ke?”

“Alhamdulillah.”Tu je jawapan aku.

“Dah 2 tahun saya kawan dengan awak kan? Memang saya nampaklah perubahan awak. Nampak macam lebih bersemangat dari dulu. Ceria pun lebih dari mula2 saya kenal”

“Bolehlah tahan.Sekarang rasa macam kurangla beban saya sikit. Lega saya dapat luahkan masalah saya pd awak. Lepas tu hutang saya pun dah berkurang. Tinggal hutang rumah je la dengan loan belajar dulu. Lain semua settle. “

Tu pun kekadang aku mintak tolong Am kalau ‘ter’sesak. Lepas tu aku ganti balik duit Am. Kekadang Am saja sedekah duit dia pada aku haha. Tu yang bestnya. Tapi aku tak enjoy pun. Duit dia bagi tu aku simpan je. Mana la tau ade kecemasan boleh la guna duit tu. Sebelum ni aku tak pernah ada simpan duit kecemasan. Sejak kenal Am ni dia la yang tolong aku bajet duit gaji aku. Lagipun nanti Zulaikha masuk sekolah, bolehla aku keluarkan duit simpanan.

“Saya demam arini. Dari semalam lagi. Jumpe Wada hilang sikit demam”

“Laa kenapa tak cakap. Saya ingat awak sihat. Kalau tau baik terus balik tadi”

“Balik karang tak dapat jumpa awak pulak sebab nak mintak maaf tertinggal barang awak pesan.” Aku tengok mata Am. Memang merah sikit macam tak cukup tidur. Tapi dia tetap comel. Kesian dia letih.

“Eh takpe. Saya dah biasa. Saya selalu ingat kawan, tapi kawan tak ingat saya” Ter’laser’ pulak mulut aku. Am gelak je.

“Saya sebenarnya nak mintak tolong awak. Tapi lain kali lah saya cakap sebab awak pun tak sihat. Bila awak balik JB?” Aku mula tukar topik sebab takut Am terasa hati pulak dengan ayat aku tadi.

“Haaa lusa kot. Nak ambil barang kat ofis sini dulu. Lupa saya nak bagi tau awak saya dapat transfer ke KL. Rumah dah ada tapi tatau lagi bila saya nak pindah. “

“Wah jadi orang KL la pulak”

“Haha..sekarang asyik kene training kat oversea. Entah mana2la kompeni nak anta saya. Macam bahan terbuang”

“Ape lak terbuang. Awak tu kan aset kompeni.”

“Haha..Tadi apa awak nak tanya. Tanya je la sekarang nanti lupe pulak”

“Malam karang la. Online ok?”

Kitorang balik dengan limo. Nampak Am letih sangat. Dia stay kat Hotel Sunway, so dia hantar aku dulu. Masa aku nak balik dia bagi aku satu beg, dia suruh aku kemaskan untuk dia. Aku pun tak kisahla sebab dia letih agaknya. Lagipun bilik kerja aku kat umah tu privacy. Iwan pun tak masuk, cuma Zulaikha la suka ‘mengemas’ bilik tu. Sampai rumah aku buka beg tu. Subhanallah, banyaknya kain japanese cotton Am beli. Dengan majalah2 kraf bukan dari Jepun je. Aku rasa nak melompat je sebab cantik2. Pastu ada satu kad tulis nama aku. ‘Untuk Mawaddah’. Yang aku risau ape, bapa ribu aku kena bayar pada Am ni. Aku bajet dalam dua tiga ratus ringgit je. Bukan kene bayar hutang rumah je ni. Hutang pada Am pun kne bayar tiap2 bulan nanti.

Aku bukak laptop tengok Am online.

‘Salam Wada, dah kemas ke?”

“Baru bukak beg awak.Untuk sapa banyak ni? Nak meniaga ke?” Aku menyoal. Yela karang dia bagi aku satu bundle je. Yang lain tu kot bukan aku punya.

“Untuk awak semua tu. Siapa lagik? “

“Tapi Am saya bajet 2-3 ratus je. Ni berapa saya nak bayar pada awak ni?”

“Hadiah untuk awakla. Takyah bayar. Saje tadi nak tengok muka awak frust saya lupa bawak tu. Frust betul muka awak. Haha”

“Owhh kenakan saya la ni”

“Haha…padan muka” Siap ikon jelir lidah lagi. Malunye aku.

“Awak ingat saya ni jenis lupakan kawan ke? Haa tadi awak nak tanya apa kat saya? Dah lama saya tunggu”

“Aii lama ke. Rasanya baru tadi saya bagitau”

“Rasa macam dah lama je”

Tiba2 handphone berbunyi. Am rupanya. Mesti dia nak paksa aku tanya soalan aku tadi.

“Haa citer sekarang apa awak nak tanya”Tibe2 lak Am ni.

“Takde apelah. Saya Cuma nak cakap saya mcm frust je. Kan saya bagi tau awak masalah saya. Errr dah 2 tahun saya try jugak cari lelaki yang memahami saya. Tapi malu nak cakap pada awak….”

“Apadia?” Aku rasa mesti muka Am penuh tanda tanya.

“ Nak mintak tolong awak rekemen kalau ada kawan2 yang awak kenal yang soleh la saya nak. Sekurang2nya dapatla selesai masalah saya dengan Iwan tu. Saya fikir macam tu je. Kot la ade yang awak kenal. Saya tau la penceraian tu dibenci Allah, tapi saya rasa saya tak kuat untuk berdiri seorang. Kot2 la kalau ada suami baru..errrr..dapatlah jadi tulang belakang saya”

“Haha” Am gelak

Napa ketawa? Saya serius la. Dah lama nak mintak tolong awak tapi mungkin awak sibuk.Lagipun saya malu nak mintak tolong awak sebab awak dh banyak tolong saya”

“Mawaddah…….. Napa Wada tak cakap awal2. You never tell me you are searching for someone who loves you. 2 tahun Wada cari?”

“Lebih kurangla.Bukan cari macam citer Mencari Cinta tuh... Chatting mcm tu je. Tapi ntahlaa mcm tak serius sume. Takde sape nak kahwin dengan janda anak satu… “

“Laaa …Am ada kawanla. Dia dah lama mintak tolong Am carikan. Tapi dia tua la sikit”

“Asalkan dia soleh yang cintakan saya kerana Allah saya terima dengan hati yang redha”

“Bolehla dikatakan dia tak pernah tinggal solat, baik hati dan Insyaallah dia sesuai untuk Wada”

Adoi napa la aku tak bagi tau Am awal2. Kalau tak, selesai sudah masalah aku. Hati aku mula berbunga-bunga.

“Boleh kenalkan dia dengan Wada ?”

“Insyaallah. Cuma Am nak tau Wada dah bersedia nak hadapi semua kenyataan yang akan datang? Bersedia tak untuk perpisahan dengan suami Wada sekarang? Dengan rela hati atau terpaksa? Jangan cakap Am yang paksa”

“Insyaallah Am. Wada bersedia dengan rela hati. Dah lama Wada fikir dan Wada sudah buat keputusan. Wada pun pernah berbincang dengan keluarga Wada. Iwan pun Wada pernah bagi tau. Dia pun pernah tanya Wada nak hidup dengan dia lagi ke? Tapi Wada tak pernah bagi jawapan.”

“Ok. Am balik JB nanti Am jumpa dia. Dia pun dah lama menduda tapi takde anak lagi. “

“Bolehla duda dengan janda. Kalau janda dengan bujang nampak macam gatal pulak si janda tu haha…” Aku rasa gembira sangat. Tapi tiba2 aku rasa takut. Am kata tua. Tua sangat ke.Macam mana rupa dia? Botak ke? Aku rasa aku tak dapat nak bayangkan aku kawin dengan orang tua erkk…Apa Zulaikha nak panggil dia nanti? Ayah ke atuk erkkkk…

Petang tu Am dah janji nak temukan aku dengan calon suami aku. Berdebarnya aku. Aku bawa Zulaikha nak tengok reaksi bakal suami aku. Ya Allah berdebarnya tatau nak cakap macam mana. Aku dah nampak Am. Lagi lah hati aku berdebar kencang. Seperti biasa dia pakai jeans dengan Tshirt..Am mengajak aku makan di café hotel je. Tempat privacy sikit tak sesak. Aku memesan minuman je. Tak rasa lapar walaupun aku makan sikit je pagi tadi. Macam tu lah aku kalau berdebar memang aku tak selera nak makan. Aku orderkan makanan untuk Zulaikha je. Dia pun tatau apa2. Panggil uncle je pada Am. Tapi nampak Zulaikha mesra dengan Am.

“Mana kawan awak tu?”

“Ntah tadi dah call dia cakap dah sampai. Aiii tak sabar nampak.”

“Taklah…nervous la.Apa nama dia ekk?”

“Muhammad Adam”

“Owwhh ok” Aku melihat Am melayan Zulaikha makan. Sambil2 tu dia melihat handphonenya. Mesti tengah sms kawan dia tu. Aku rasa berdebar pun ade cemas, seriau nak jumpa bakal suami. Am perhati je gerak geri aku. Kadang2 dia senyum. Mesti dia ketawa tengok muka aku yang cuak giler.

“Errr…saya nak mintak maaf kat Wada….”

“Kenapa pulak?”

“Sebenarnya err…kawan Am tu tak dapat datang”

“Pulakkk…”

“Tapi takpe. Am ade gambar dia. Siap pegang lagi mykad dia sbb takut dia xjd dtg.”Am menghulurkan mykad lelaki yang bernama Muhammad Adam tu. Tapi..…

“Kenapa mcm muka ………?

“Sebenarnya kawan Am tu tak wujud pun. Sebenarnya errr…sebenarnya Am yang tunggu Wada…errr”

Gulp..terkejut gile aku dengar ayat Am.

“Errr dh lama Am nak cakap tapi Am takut pulak Am jadi perosak rumahtangga Wada. Tapi Am percaya dengan gerak hati Am sendiri dan Am juga berdoa sekiranya Wada jodoh Am, Am harap agar hati Am didekatkan dengan hati Wada.”

“Tapi kenapa saya…? Sebab Am simpati pd saya?”

“Ishh ade pulak mcm tu…Selama Am kenal awak, Am cuba memahami hati awak…Am lihat pengorbanan awak pada rumahtangga awak tak dihargai oleh org lain. Memang dalam hati saya bercakap kenapa saya tak jumpe awak sebelum ni…Saya memang taknak awak tau isi hati saya sebab saya takut nanti awak bagi tahu saya Iwan dah berubah dan saya taknak menaruh harapan tinggi menuntut cinta awak…Memang saya berserah pada ketentuan Tuhan untuk saya”

“Saya nak tanya awak ikhlas ke dengan ape yang awak cakap ni?...”

“Saya tak main2 la Wada…Hanya Tuhan yang tahu mcm mana saya melompat terkinja2 hati saya bila awak mintak tolong saya carikan seseorang untuk awak…Selama 2 tahun awak mencari tapi awak langsung tak bagi tau saya??? Dah desperate baru nak bagi tau???” Am membesarkan matanya sambil ketawa.

“Saya bukan desperate laaa..Sampai ati cakap mcm tu…Malulah saya kalau saya bagi tau saya mencari suami…Abes yang awak cakap kawan awak yang cari calon tu nape?? Naik gemuruh darah saya tau nak blind date mcm ni”

Haha…Zulaikha perhati je ape yang berlaku antara aku dan Am. Aku tak pernah menaruh harapan yang Am adalah jodoh buatku sebab aku sedar kekurangan diri aku dibandingkan dengan Am. But Am is the man that have full of surprise.

Segala urusan penceraian aku dengan Iwan diuruskan oleh Am. Aku taktau langsung nak buat semua ni tapi Am yang selesaikan segalanya. Masa dia jumpa Iwan tu dia cakap Iwan macam muka lega dan takde sedikit sedih pun. Mungkin dia rasa hilang segala beban yang ditanggung dan dia bersetuju Zulaikha di bawah jagaan aku. Aku juga bersetuju hubungan antara Zulaikha dengan ayahnya tidak diputuskan begitu sahaja. Iwan juga bebas untuk bertemu dengan Zulaikha bila2 masa. Rumah yang diduduki sekarang pun diserahkan kepada aku kerana dia tak mahu terikat untuk membayar rumah ini lagi walaupun memang setiap bulan aku yang membayar dengan gaji aku. Aku tak kisah kalau Iwan mahukan rumah ini tapi inilah rumah tempat aku berteduh, bersusah aku ingin mendapatkan rumah ini dan aku bagitau Am, aku akan sewakan rumah ini pada adikku memandangkan Am pun sudah memiliki dua buah rumah. Aku cuma perlu turun naik mahkamah untuk selesaikan proses penceraian ini.

Dulu aku selalu membaca akhbar kisah penceraian artis Malaysia, tapi kini aku pula yang hadapinya walaupun sebelum ini tak terlintas dalam hatiku nak berbuat sebegini. Zulaikha yang masih kecil yang tak tahu apa yang berlaku antara aku dan ayahnya. Aku berdoa agar Zulaikha tidak berasa diabaikan oleh aku dan Iwan. Bukan aku tak mempertahankan rumahtanggaku sebelum ini tapi keadaan yang memaksa. Iwan tidak mahu berubah untuk bertanggungjawab, malah aku pernah dituduhnya sebagai mementingkan diri. Aku sedar yang sepanjang perkahwinanku iwan tak pernah menerima kesalahannya sendiri sebaliknya dituduhnya aku yang bukan2. Dan selepas itu aku sedar tiada persefahaman antara kami. Walaupun dah banyak kali aku cuba bertolak ansur dengannya, aku cuba mengalah dengan apa yang dituduhnya. Bila ada masalah aku yang carikan penyelesaian, dia hanya duduk tanpa berbuat apa2 menunggu masalah diselesaikan.

Sepanjang malam aku mengenangkan nasib aku bersama Iwan. Tapi aku tak sabar esok aku akan pulang ke kampung. Am akan bertemu dengan kedua ibu bapaku. Walaupun aku masih di dalam Idah, tapi Am ingin mempercepatkan urusan penyatuan antara kami berdua. Iwan sudah tinggal di rumah ibu bapanya. Dan Zulaikha bersama aku. Tetapi hubungan aku dengan keluarga mertua berjalan seperti biasa walaupun mungkin mereka bercerita sebaliknya di belakangku. Lagipun urusan aku dan Iwan diselesai secara baik dan bukan paksaan tapi atas rela hati aku dan Iwan.

“Pakcik makcik sihat ke?” Am cuba beramah dengan mak abahku.

“Alhamdulillah.”Jawab mak dengan abah. Aku ke dapur untuk menjamu bakal suamiku. Tapi aku cuba mencuri dengar perbualan mereka bertiga.

Ntah apa yang Am bagi tau tapi aku dengar abahku menjawab. Suara abahku tak payah dicuri dengar sebab dari jauh dah memang dengar hehe.

“Tu lah pakcik pun risau dengan Wada sebab walaupun dah kawin dah ada anak tapi dia bergantung pada pakcik dengan makcik. Pakcik risau macam mana kalau pakcik makcik dah takde nanti. Tapi pakcik dah lega sekarang sebab kamu nak hidup dengan anak pakcik”

“Saya pun risau pakcik. Saya ikhlas nak memperisterikan Wada dan akan hidup bersamanya hingga akhir hayat kami. Lagipun Wada tu manja sikit, tak pandai nak survive sendiri.” Suka2 hati cakap aku manja….?

“Tapi saya nak minta izin la dari pakcik sebab saya nak mintak Wada jadi surirumah saya nanti. Lagipun saya selalu ke sana sini pakcik. Dan saya rasa saya mampu menyara Wada dan Zulaikha. Tentang duit tak perlu pakcik risau. Saya akan kirim pada pakcik dengan makcik tiap2 bulan buat belanja. “

Gulp..terkejut aku dengar permintaan Am tu. Dia tak bagi tau pun nak suruh aku berhenti kerja. Tapi aku suka. Memang cita2 aku nak jadi suri rumah pun jaga anak, jaga suami.

“Tu kene tanya Wada la nanti. Dia pun rasanya ada lagi pinjaman rumah dan pinjaman belajar dia dulu”

“Ohh takpe. Tu semua nanti saya uruskan pakcik jangan risau”

Aku membawa mee goreng dengan teh panas untuk bakal suami kesayangan aku. Mak dengan abah tersenyum pada aku.

Pernikahan aku dengan Am diadakan sejurus setelah habis tempoh idah. Kami menjemput keluarga terdekat dan jiran2. Aku juga menjemput keluarga mertua dan juga Iwan. Aku melihat Iwan sebagai kawan aku sekarang dan seperti tiada kisah antara kami sebelum ini. Aku dan Iwan juga berjanji untuk menjaga apa2 rahsia antara kami dulu. Biarlah semuanya berlalu dan aku ingin memulakan hidup yang baru.

“Sekarang dah percaya ke sayangku Mawaddah???” Am mencubit pipiku dan mencium dahiku. Aku terasa manja dibelai sebegitu.

“Dah kekanda haha”

“Abang cinta dan sayangkan Wada seikhlas hati abg. Abg harap Wada dapat menerima Abg seadanya. Kalau abang ada buat salah, harap Wada tegur abang. Abang sentiasa mahukan pendapat dan pandangan Wada untuk abang perbaiki diri abang. “ Am memegang erat tanganku.

“Wada pun sama. Wada harap abang menerima Wada seadanya dan Wada minta maaf sekiranya Wada tidak mampu mencapai level abang”

“Aiikk level apa pulak ni?” Am duduk dan memandang tepat anak mataku. Aku pun spontan je cakap macam tu. Hilang pulak mood romantik.

“Yelaa mane la tau abang ada set level2 yang Wada kene capai. Kot2 Wada ni tak capai tahap yang abang nak. Contoh macam Wada kene memasak dalam masa 10 minit. Kalau lebih maknanya Wada x capai target”

“ Ni bukan ofis la sayang. Ni rumah. Kat rumah abang takde letak level pun.KPI pun takde.Dapat kawin dengan sayang ni pun abang dah bersyukur sangat2”

“Kalau Wada tanya jangan marah tau. Abg mampu kan kahwin lebih dari satu, errr abg nak ke?”

“Tu lah orang pompuan…takde soalan lain. Poligami jer. Pada abang satu pun dah lebih dari cukup Wada. Itu amanah Tuhan pada abang. Tu pun abang dah takut kalau abang tak dapat nak bahagiakan Wada dan anak2 nanti. Dosa2 Wada, anak2 nanti abang yang kene tanggungjawab tau tak?”

“Just curious,hehe.” Dalam hatiku tak tergambar betapa gembiranya aku untuk memulakan hidup bersama Am.

Aku solat berjemaah bersama suamiku Muhammad Adam. Buat pertama kalinya aku solat berjemaah dengan insan yang bergelar suami. Aku bersyukur dengan kurniaanMu ya Allah. Setiap saat aku dihargai oleh suamiku. Aku dilayan bagai seorang permaisuri,.Aku kini surirumah sepenuh masa. Rumah yang Am miliki semuanya lengkap dengan perabot dan hiasan dalaman. Aku juga diberi sebuah bilik untuk meneruskan aktiviti menjahit aku, semuanya lengkap seperti yang pernah aku mimpikan. Zulaikha juga gembira dengan kehadiran abah barunya. Dia tidak berasa janggal dengan Am. Aku dan Zulaikha mengikut ke mana sahaja Am ditugaskan. Dua bulan sekali kami ke Jepun dan disana kami tinggal di rumah adik Am. Kadangkala bila Am cuti panjang, kami ke rumah makciknya di Sydney. Sepanjang aku berkongsi hidup dengan Am, aku tidak pernah mengeluh, tidak pernah berendam airmata dan alhamdulillah hidup kami gembira. Dan kini kami bertiga menunggu kehadiran orang baru, cinta hati aku dan Am. Syukur tak terhingga kepadaMu ya Allah…..

TAMAT

.

No comments:

Post a Comment