Sunday, December 19, 2010

Weekend Activities

Lepas raye haji aritu yuna dah lame tak bukak mesin jahit. Tade ape nak dijaitkan. So aktiviti masak2 je la kekdahnye. Kalo Bertara outstesen kurangla sket masak2 neh. Kalo beliau ade kat umah espeselly weekend, dari pagi sampai malam la masak.Huhu. Ari Sabtu keje pagi tu yuna masak apam coklat. Tak sempatla snap gambar sbb nak gi keje. Sume selamat masok perot. Tak bape best sbb yuna direct ikut resepi. Selalu yuna test dulu tapi aritu tercair sket bancuhan, hentam sajelah. Balik keje masak lunch lak asam pedas ikan termenung(@ ikan kembung) Sekarang asik masak asam pedas je maklomla tanam pokok daun kesum dpn umah. Tapi bhg bawah pokok tu dah macam uzur je. Atas je hijau. Tataw sgt pasal tanam pokok ni, abah yang tanamkan pastu yuna siram aje le tiap2 hari..Nanti nak wat n3 pasal pokok le pulak.

Esok lak ari ahad pagi goreng cucoq ikan bilis. Yuna goreng letak dalam mangkuk pastu makan 3 4 biji. Yang lain sume Humairah abeskan. Pastu mujur ade save utk bertara dalam pinggan, tepung yang x goreng pon ade lg. Selamat la kene goreng lagik. Humairah mmg kuat makan tambah cekodok ikan bilis tu dia suke. Siap cicah sos cili pulak. Lunch wat ayam masak merah dengan sup ayam. Ni pun x sampai malam. Pastu dah tataw nak masak apa malam. Petang tu ujan pulak. Dok pikir ape nak wat kudap2. Nak wat cekodok ikan bilis dh mkn pg td. Terpikir ade gula merah. Tros la wat lempeng gula merah. Tu je bahan ade pon. Masing2 malas nak turun gi kedai. Sedap gak. Yuna apply resepi pancake je. Selalu mak yuna wat masok tepung dgn gula merah je. Smlm yuna tuka la resepi pastu masak atas kuali leper. Lembut n sedap. Bertara suh tambah byk lg gula merah. Sabo je la. Kuat makan manis. Pastu memalam edisi goreng nasi je.

Ni resepi Lempeng Gula Merah. Gula merah dengan gula perang (Brown sugar) lain. Kot la tersilap. Resepi ni leh dpt dalam 7 – 10 keping.

2 cawan tepung gandum

1 sudu makan susu pekat

Gula merah (ikut suka)

½ sudu teh baking powder

Air secukupnya untuk bancuh. (Yuna pakai air panas sket)

Cara : Bancuh sume pastu goreng atas kuali leper yang disapu sedikit minyak masak. Done!

 

Notakaki : Dulu online cari tutorial menjahit. Skrg cari resepi la pulakk :P

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment