Friday, December 4, 2009

Match Made In Heaven - Part 2

Am membawa dua cawan Sundae strawberi. Baiknya brader ni.

“ So tadi kita cakap pasal apa?” Am memecahkan keasyikan aku menikmati sundae.

“Ntah. Saya pun tak ingat” Memang tak ingat pun. Nak2 dapat makan sundae ni.

“So….awak keje dekat mana?”

“Ermmm.. Area Kelana Jaya.Tak jauh sangat dari sini. Umah kat area sini je. Awak lak?”

“ JB.”

“Owh ok” Malas nak tanya lebih2. Karang macam kes ‘abang angkat arikitek’. Keje dia pun aku tak tanya. Tapi nampak dia bawak beg laptop. Action je kot. Aku tengok tangan dia bersih je. Muka pun bersih. Mesti slalu wat facial. Tibe2 lak aku pikir macam tu. Kalau dia senyum, punyela manisnya. Tak senyum pun dah manis. Memang next to perfect la.

Aku saja je lambat2 abiskan sundae tu. Dah cair separuh.Aku tengah pikir apa lagi soalan nak tanya tapi takde idea. Adeii.

“Saya tak pasti la saya ini gelojoh ke apa kan tapi boleh ke saya mintak no handphone Wada?”

Ermm nak bagi ke tak ek? Karang ntah2 dia nak pinjam $99 pulak memang aku tak jumpa dah mamat ni.

“Kalau tak boleh bagi emel pun jadik la. Facebook ke.” Dia bagi alternatif pulak.

Canggihnya zaman sekarang ni kan. Macam semua orang ada akaun facebook la emel la. Tapi mak abah aku takda akaun facebook pun hehe.Emel pun takde.

“Mintak pen ngan kertas” Aku bagi arahan. Rasa mcm selamat lak bagi emel ni. Harap2 dia x salah gunakan emel aku lak. Mana la tau dia lelong emel aku kat laman tak sepatutnya. Aku pun menulis. Aku jeling2 tengok Am. Tekun betul perhati tangan aku. Aku rasa macam first time menulis ABC depan cikgu.

“ Nama penuh wada apa? Mcm unik sikit nama ni.” Dia menyoal lagik. Aku bagi kertas tadi balik kat dia. Aku dah tulis nama penuh aku sekali cuma no ic je tak letak. Aku pun tak sure la btol ke tak otak aku ni. Adakah aku curang? Memang sangat tak pasti. Aku rasa kalau sebagai kawan apa salahnya kan. Lagipun suami aku lebih teruk dari aku. Gefren dia lagi ramai. Sampai tahap bercinta. Cuma naluri aku sebagai isteri yang dapat menghidu kecurangan suami aku.

Memang selepas kahwin aku sentiasa dapat menghidu apa kecurangan yang Iwan lakukan. Walaupun selicik mana dia menyorok semua perbuatan dia dari aku tapi Allah sentiasa memberikan aku petunjuk. Bukan sekali dua tapi rasa macam dah berjuta kali. Dan sampai sekarang aku tak pernah langsung menaruh kepercayaan walaupun satu peratus.

Perangai Iwan memang tak dapat aku ubah. Setiap hari aku menangisi kehidupan aku. Aku selalu berfikir berapa tahun lagi aku harus duduk sebumbung dengan Iwan. Aku kesiankan anak aku masih kecil, perlukan kasih sayang ibu bapa. Kalau bukan disebabkan anak mungkin aku…ntahla..Aku tak dapat fikirkan semua tu. Aku berharap semoga Tuhan pertemukan aku dengan seorang sahabat yang setia dan memahami apa yang aku alami. Orang lain nampak aku macam bahagia je. Tapi Tuhan saja yang tahu apa yang aku hadapi.

“Mawaddah? Sedapnya nama.” Am tersenyum manis lagi. Aku rasa khayal tengok senyuman dia. Pertama kali orang puji nama aku. Suami aku sendiri pun tak pernah puji. Ayat2 Am ni sangat manis semanis orangnya asalkan dia tak menghidap kencing manis sudah.

“ Mekasih.” Aku membalas senyuman dia.

“Ni mintak emel saya nak buat apa? Koleksi Yahoo Messenger ke?” Aku menyoal Am pulak.

“ Yep. Saya baru bukak akaun YM. Tak add member lagi. So awak orang pertama la.” Aii jujur betul pengakuan mamat ni.

Am membuka zip beg laptopnya.Dia menepikan sisa makan kami tadi di meja sebelah. Aku rasa macam nak tinggal lama je mamat ni kat mcd ni. Jam dah pukul 2 petang.

“Buat kerja ke?” Aku tanya lagi.

“Yep ada kerja sikit. Saya nak add terus YM awak nanti terlupa pulak. Saya takda nombor handphone awak nak tanya balik emel address”

Perli nampak. Macam kesian pulak aku dekat mamat ni tapi aku masih menjaga status aku sebagai seorang isteri. Kalau ikut rasa hati memang aku nak bagi no handphone aku. Nak je aku suruh Am telefon aku tiap2 hari. Bukan senang orang sekacak Am nak mintak nombor aku. Dalam mimpi aku je selama ni berangan macam ni. Aku pun pelik gak sebab apa dia beria sangat sampai macam ni. Tapi aku bersangka baik. Kan tadi dia cakap dia nak wat koleksi YM. Aku ni sebagai member chat dia je la nanti. Tapi tibe2 rasa tak sabar pulak aku nak balik bukak laptop yang aku baru beli semalam. Dah la baru beli, belum explore habis lagi. Komputer kat umah tu Iwan buat macam dia sorang je yang punya sebab tu aku beli laptop siap dengan wireless broadband lagi. Rasa nak melompat2 nak balik. Sabar je la. Belum tentu lagi Am ni nak chat dengan aku. Ntah2 tersadai situ je nama aku.

To be continue……..

No comments:

Post a Comment