Tuesday, December 8, 2009

Match Made In Heaven - Part 3

Aku rasa aku patut balik ni. Aku tengok Am khusyuk memandang laptopnya.

“Errr Am, saya ingat saya nak balik dulu. Errmm keep in touch ok.Err bye.” Aku senyum pada Am.

“Ok. Take care” Am membalas senyuman dan anggukan. Aku rasa macam taknak tinggalkan dia tapi aku ada tanggungjawab lain. Hrmm…

Lepas memesan Happy Meal untuk Zulaikha, aku terus balik. Dalam kepala otak aku ni asyik fikir tentang Am. Kenapalah aku tak amik gambar dia ke kan boleh gak aku tengok muka dia lagi. Tapi aku ni isteri orang, takkanla nak simpan gambar lelaki lain. Dalam 15 minit aku dah sampai rumah. Zulaikha terus mendapatkan aku. Ishh tak mandi lagi anak aku ni. Aku tengok Iwan khusyuk memandang komputernya. Itulah kerja dia seharian kat rumah.Kalau bukan komputer, main sms. Aku dah tak heran semua ni. Buatlah apa dia nak buat. Anak pun dia tak mandikan. Kesian Zulaikha.

Lepas mandi aku biarkan Zulaikha tengok kartun sambil makan nugget yang aku beli tadi. Sekali sekala dia datang kacau aku kat dapur. Bila dah kene satu das cubitan dia tengok tv balik.hehe.Aku risau takut dia terpercik minyak panas ke, pegang periuk panas ke.Aku memang tegas dalam benda2 macam ni walaupun dia akan datang lagi ke dapur mengacau aku. Memang aku bersilat masa memasak. Mana nak masak lauk, nak bertempik dengan Zulaikha, dengan membasuh kain lagi, semua aku yang buat. Itulah rutin aku hujung minggu. Kekadang geram juga dengan Iwan yang langsung tak menolong aku. Sudahla aku yang buat semua kerja, aku yang membeli barang keperluan harian, membayar bil2 bulanan, melayan anak lagi dan semuanya aku. Dia?

Zulaikha leka melayan kartun kegemarannya Upin dan Ipin. Aku membersihkan diri, solat, aku ke depan tengok Zulaikha terlena. Terus aku menuju bilik tempat aku melakukan aktiviti2 aku. Disitula aku menjahit, membaca majalah, melepak dan yang terbaru melayari internet sebab aku dah ada laptop sendiri. Jadi takyah berebut lagi dengan Iwan dan memang aku tak benarkan dia menggunakan laptop kesayangan aku ni. Aku suka membuka laman2 membuat kraftangan, jahitan dan sebagainya.

Dah lama tu baru aku ingatkan Am, terus aku on YM. Aku accept request Am tu. Ade personal message.

“I can see a hope and faith in your eyes”. Errrkk..apa maksud Am?

Aku menegur Am, “ Salam..”

“Salam…dah sampai rumah?” Am membalas.

“Lama dah. Tadi masak jap, mandi, layan anak. Dia dah tidur so terus saya online kejap”

“Apa nama anak Wada? Mesti comel kan?”

“ Zulaikha. Comel dan nakal hehe. Awak kat MCD lagi ke?” Jam dah pukul 6.00 petang. Lama btol mamat ni..

“Kat hotel ni. Saya tunggu Wada online accept request saya tadi.Takut awk lupa”

“Mana boleh lupa. Orang lupe saya ada laa” Bestnya chatting tanpa ada orang ganggu. Selalu kalau aku nak guna komputer, mesti Iwan pon nak guna. Dan terus spoil mood saya, tapi kali ni tak lagi. Aku memang dah lama nak beli laptop Cuma tunggu masa je nak beli.

“Wada ..boleh mintak no. henpon. Please…”

Aku heran dengan Am. Bersungguh2 dia nak no hp aku.Musykil aku.Aku pon bagi je la, aku pun tak menaruh harapan pada dia.

“Nak buat koleksi lagi ke?” Saja aku tanya.

“Lebih kurang la. Kalau saya sibuk, saya tak dapat online. Jadi bolehla saya msg Wada”

OKla Wada. Thanks. Saya ade seminar pukul 8 mlm nanti, Ni nak bersiap kejap”

“OK. Enjoy ur seminar”

Aku dengar bunyi pintu. Iwan keluar la tu. AKu dengan Iwan hidup atas dasar anak saja. Aku memang dah takda perasaan pada Iwan setelah macam2 dia buat pada aku. Kiranya dia macam pelakon undangan je dalam rumah ni membawa watak sebagai ayah. Pernah sekali aku bergaduh dengan dia dan dia tak balik rumah 2 hari. Zulaikha tak berhenti bertanya mana ayahnya. Aku pun kesian pada Zulaikha. Bila dia dengar bunyi kasut di depan pintu mesti dia berlari nak dapatkan ayah, tapi dia berpatah balik. Kalo tengok muka dia memang sedih. Dia macam nak dua2 ada kat rumah. Tapi aku nak buat macam mana. Kalau kami bergaduh mesti Iwan akan keluar dari rumah.

Iwan baik melayan Zulaikha. Dengan aku pun dia tak pernah pukul macam sesetengah suami yang selalu pukul isteri. Tapi dia tak pernah fikir tanggungjawab dia sebagai suami dan ketua keluarga. Itu yang aku kesalkan. Seumur hidup aku dengan dia, kami tidak pernah solat berjemaah. Dia pun tak pernah menunaikan solat, apatah lagi nak berjemaah. Aku memerlukan seseorang yang dapat membimbing aku, mengimami aku tapi aku tak pernah rasai nikmat itu. Nafkah pun jangan harap lah. Satu sen pun dia tak pernah beri. Aku pun tak bergantung harap pada dia. Aku mampu lagi menyara hidup aku dan Zulaikha.

Sebab itu lah aku memerlukan seorang sahabat yang memahami situasi aku dan dapat memberikan penyelesaian pada aku. Aku tidak kuat menghadapi semua seorang diri. Kawan2 tempat kerja pun hanya mampu mendengar masalah aku dan tidak dapat memberi penyelesaian. Haruskah aku menunggu Zulaikha menghabiskan pelajarannya sedangkan umurnya baru menjangkau 3 tahun. Haruskah aku menderita selama itu? Aku pun tak pasti semua ni sebab takda orang yang beri aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Untuk berpisah dengan Iwan memang aku terfikir semua tu tapi disebabkan anak aku lupakan perkataan perpisahan itu.

Aku berkahwin dengan Iwan atas dasar cinta. Dulu aku mengharapkan Iwan memberi perlindungan pada aku, kasih sayang dan cinta. Tapi sikap Iwan yang tidak matang itu dibawa ke alam perkahwinan. Tiada perubahan dalam dirinya. Bila aku ungkitkan semua itu pada Iwan dia menuduh aku yang beria nak kahwin dengannya. Aku ingat lepas berkahwin Iwan akan menjadi lebih bertanggungjawab tapi lain pulak jadinya. Dia membawa lagi sikapnya seperti orang bujang, melepak dengan kawan2 setiap malam kadang2 hingga ke pagi. Bila dah abis duit, dia pinjam pada aku.

Aku tengok handphone ku bercahaya. Lupa pulak tadi aku set mode silent.

“Salam Wada. Dah tdo ke? Saya baru abis seminar ni. Hv a sweet dream”

Dari Am rupenya. Comel btol la dia nie. Dah abis seminar pun repot kat aku. Aku pun balasla.

“Blm tdo lagi. Baru tidokan si kecik ni.”

“Wada, anything plz tell me. I’ll be ur shoulder to cry on”

Lain mcm lak sms Am. Aku taktau apa dalam kepala dia. Setiap kali sms atau chat mesti dia cakap macam tu. Muka aku ni muka bermasalah ke hehe.

“Thanks Am”

Esoknya pagi lagi Am dah sms aku di office.

“Morning Wada. Mimpi apa malam tadi?”

“Morning. Takda mimpi pun. Dah lama tak mimpi”

Handphone aku berbunyi. Am menelefon pulak.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam. Am ni. Saja nak dengar suara Wada”

“Owhh ok. Ingatkan salah nombor. Tengah watpe”

“Tengah breakfast. Japgi sambung lagi seminar.Sori ye kacau Wada.Yela sorang2 makan kat sini tatau nak bercakap dengan sapa.”

“Err ok.”

Memang sepnjang hari Am sms aku. Dia ni tatau ke aku ni isteri orang. Selalu kalau chat dgn lelaki ke apa bile aku cakap aku dah kawin tros dingin mereka2 tu. Tapi Am lain. Aku tatau apa niat dia sebenarnya.Tapi aku tak cerita apa2 pun pada Am. Biarlah aku tanggung sendiri. Lagipun setakat mendengar je aku pun boleh tulis dalam diari apa masalah aku. Nak kata aku ni cantik takda pun sampai Am nak gilakan aku. Suami aku pun tak pernah cakap aku cantik. Aku rasa Am ni seorang yang friendly dan aku senang kawan dengan dia.

Seperti biasa sampai pejabat aku mesti membuka emel dulu.Punyala banyak maklumla ujung minggu. Emel2 forward dari group, dari kawan2 office. Ada satu emel lagi dari Am rupanya. Rajin lak mamat ni hantar emel.

‘ Salam..

Wada dah tido kot time nie. Saya belum ngantuk lagi so saya hantarla emel ni. Nice to know u.Saya mintak maaf la kalau saya ni over sangat. Cuma saya nak bagi tau awak yg I’m very excited dapat kenal awak. Saya pun tatau kenapa. Disebabkan saya excited terlampau I cannot wait to know u more. Saya tau awak dah kawin and I know my limit. Saya harap awak bg saya peluang untuk kawan dgn awk. Maybe as a BFF. Mcm Paris Hilton pulak.

Saya harap awk jgn putuskan perkenalan ini sebab I can read ur eyes. But I didn’t find out what it is because u didn’t tell me. So do tell me ok. I’ll wait….

Bye,

Am’

To be continue…….

No comments:

Post a Comment